i am who i am here

Wednesday, March 30, 2011

MELAYAN~

Aku tengok satu drama melayu.. hero nye ala2 “DIA”.. Tiba2 aku teringat kat dia.. Tiba-tiba aku terindu dia.. Tba-tiba aku terfikir kalau dulu aku masih dengan dia,, mesti aku tengah happy.. Dia baik sangat-sangat dengan aku.. Aku je yang buta,, yang memilih sgt.. Sekarang dia dah pon pergi,, jauh sangat dari aku.. Menyesal pon dah tak guna..

Kita penah dengar kan cerita yang bekas kekasih yang nak balik kat kekasih lama.. Dan kekasih lama dia meninggalkan kekasih nya sekarang untuk balik pada belas kekasihnya.. Kadang-kdang aku terfikir,, macam benda tu akan berlaku kat aku.. Tapi aku tak kejam.. Aku tak nak jadi perampas.. Aku faham perasaan kekasih dia sekarang.. Dan aku pon tak yakin yang dia akan tinggalkan kekasih dia sekarang demi aku.. Aku dulu sangat sia-sia kan dia.. Aku sendiri penah cakap kat dia jangan tunggu aku.. Dan sekarang dia tengah bahagia.. Dia tak salah memilih.. Dia sekarang bahagia dengan seorang yang menyayangi dia.. Aku akur dengan semuanya..

Ni semua gara-gara satu drama melayu.. Tajuk drama tu “anak rintih”.. aku tak tahu la kenapa,, aku asyik terbayang je hero tu macam dia.. Aku jadi rindu.. Aku teringat first time aku jumpa dia.. Aku teringat tengok wayang dengan dia.. Makan-makan dengan dia.. Aku rasa macam nak pergi jumpa dia sekarang.. Aku nak peluk dia kuat-kuat,, dan aku tak nak lepaskan dia pergi lagi.. Aku nak cakap aku menyesal tinggalkan dia dulu..

Sekarang dia dah lupakan aku.. Jarang sangat dia sms aku.. Dia dah berjaya lupakan aku.. Apa lagi yang aku nak?? Bukan dulu semua ni ke yang aku minta.. Menyesal pon tak guna.. Aku hanya mampu berdoa je sekarang.. Semoga Allah mengikis ingatan aku terhadap dia.. Aku tak nak jadi perampas..

~ ZULKIFLI ARIFIN ~

YES,, I'M ALONE

Tuesday, March 29, 2011

PENGGODA CINTA YANG MALU

Ada yang bertanya mengapa diri tertanya-tanya, kenapa cinta selepas kahwin (yang usianya telah bertahun-tahun) tidak sehangat dulu. Dulu, berpisah terasa rindu... tetapi kini lain sekali. Walaupun masih ada rasa rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu. Rindu itukan buah cinta, jika tidak ada rindu ertinya tidak ada buah cinta. Cinta yang tidak berbuah, tentulah cinta yang layu!

Bila berjauhan, ada juga yang menghantar sms, tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya, apa khabar di sana? Macam mana anak-anak? Atau sekadar minta doanya. Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga-bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja.

Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah. Tetapi bila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua dahulu, bila jauh (masih belum dimiliki) berbau bunga, bila dekat (sudah hari-hari di sisi) keharumannya tiada lagi. Ah, begitukah adat dunia?

Kata sesetengah lelaki (entah spesis mana), wanita kelihatan cantik selagi tidak menjadi isteri kita. Setelah menjadi isteri, kecantikannya akan hilang. Jika semua lelaki berpandangan begitu, rosaklah dunia. Ini semua gara-gara nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang ada.

Kita tinggalkan lelaki yang bersifat 'jantan' itu. Mari kita bicarakan soal wanita pula. Wanita yang telah menjadi isteripun ada salahnya. Selepas sahaja dia bergelar isteri, semuanya menjadi terlalu 'murah'. Tidak semahal seperti sebelum kahwin dahulu. Malunya sudah kurang. Tidak pandai 'jual mahal' untuk mendapat perhatian suami.

Jika dulu puas berbedak, berhias sebelum bertemu suami, setelah berkahwin lain pula ceritanya. Bau badan tidak dijaga, asyik 'mendedah aurat' (maksudnya berpakaian tidak sempurna) tanpa mengira masa dan tempat. Kalau dahulu suapan makanan pun dijaga, dibuat penuh tertib dan kecil-kecil. Menguyah makanan pun tidak kedengaran bunyinya. Sanggup sopan, persis gadis pingitan. Maaf, lepas beberapa bulan berkahwin, kesopanan dan ketertiban itu semakin mengurang. Cara duduk, tidak dijaga lagi. Menguap tanpa menutup mulut. Suaranya... tidak semerdu, ketawa, "ha.. ha.. ha.." berdekah-dekah. Mana hilang malunya?

Belajarlah dari bulan mengambang. Bulan hanya mengambang sekali-sekala... Bulan tidak mengambang setiap malam... kerana dengan mengambang sekali-sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia tertunggu-tunggu. Begitulah isteri yang masih malu, suami akan menjadi perindu.

Usahakan semula segalanya dengan membina semula rasa malu. Dan ingat bahawa rasa malu itu ada kaitan dengan iman. Iman dan malu lazim berlaziman. Jika terangkat iman, terangkatlah juga rasa malu. Sebab itu kata hukama, "bila kau hilang malu lakukanlah segalanya." Maksudnya, bila rasa malu hilang, kita tidak akan fikir haram dan halal lagi... semuanya dilanggar tanpa segan-silu lagi. Antara ciri isteri yang solehah ialah isteri yang mengekal rasa malunya terhadap suami sehingga hidung suami tidak mencium sesuatu yang busuk dan mata suami tidak akan terpandang sesuatu yang buruk padanya.

Ya, diantara perbezaan insan dengan haiwan, selain insan punya fikiran ialah rasa malu. Malu itu sesuatu yang sangat berharga, ia adalah perhiasan di depan orang yang kita sayangi. Bahkan dalam Islam, malu dan iman sering disinonimkan. Ertinya, untuk mencari semula rasa yang malu yang dulu, samalah seperti menyusur semula jalan iman. Jika kita temui iman, maka secara automatik akan ada rasa malu.

Rasulullah SAW sendiri sangat menghargai sifat malu. Sehinggakan baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Usman datang menemuyinya. Kenapa? Ini kerana sayidina Usman adalah seorang sahabat yang begitu terkenal dengan sopan santun dan malunya.

Inilah malu yang bertempat dan tepat pula masanya. Justeru, suburlah rasa cinta dalam rumah-tangga dengan menyuburkan semula rasa malu.


ANAK-ANAK YANG CUMEL

Friday, March 25, 2011

Korang pernah dengar pasal fesyen tudung hana tajima.. macam-macam lah zaman sekarang ni.. fesyen yuna lah,, siti lah,, wardina lah.. bila pulak nak keluar fesyen memey aini ntah.. hehe.. kadang-kadang kita terikut jugak dengan peredaran fesyen ni.. yelah,, xnak dicop ketinggalan zaman la konon..


YUNA & HANA TAJIMA




~ HANA TAJIMA ~
Dalam banyak2 fesyen,, fesyen hana tajima yang paling tak boleh blah.. tapi sebenarnya,, aku rasa fesyen tu simple.. tak payah pakai banyak pin,, selit je.. pastu siap.. kalau kene gaya nampak cantek jugak.. tapi ye lah,, pendapat orang macam-macam kan.. ada yang kutuk,, ada yang ikut..  yang ikut tu, kalau kena ngan wajah dia takpe la.. tapi kalu Nampak serabut, tak ke huru-hara.. daripada cantik,, terus orang nampak selekeh..

Kutuk punya kutuk,, sampai lah satu malam ni.. aku tido rumah kawan aku.. kitorang search internet,, tengok anak2 gadis zaman sekarng.. macam2 gayalah dorg buat.. ada setengah tu macam poyo pon ada.. saja nak “mencapub”.. menyampah tengok.. kan free2 sedekah pahala yang tak seberapa ni kat orang.. haha..

~ MEMEY TAJIMA ~
Last2,, dah puas session kutuk mengutuk,, session menerai pulak.. nil ah orang kata,, mengata dulang paku serpih,, mengata orang,, dia yang lebih.. bukan apa,, saja nak try.. nak jugak ikot peredaran zaman jgk kan~

Monday, March 21, 2011

HADIAH UNTUK DIA~

hadiah ni aku da beli lame dah.. simpan je wat kenangan.. aku beli sempena birthday dia yang ke 20.. tahun ni dia dah pon nak masuk 21.. punya la lama aku simpan.. da mcm buat jeruk dah.. xde kesempatan nak bg kat dia.. dia jauh nun kat sana.. mana da jumpa dah.. tambahan lah kitorg dah renggang..

kawan2 yang rapat ngan aku tau la aku beli hadiah ni utk sape.. aku g beli hadiah ni kat sunway,, masetu nak tgok cter new moon.. y pilih hadiah ni "big brother" aku.. kalu dy tgok pon ntah2 dy da lupa da y dy y pilih hadiah tu..




special for him..
even murah,, tp berharga..


hadiah ni aku da siap tulis da dalam dy.. mcm2 pesanan y x terpesan!! haha,, gila bayang betol aku ni.. angau sorang2.. aku da fedup kot hujung tahun lepas.. da rasa mcm nak bg je hadiah ni kat org laen.. tp x terbg jgk!
ntah ape2 ntah.. bia la aku simpan je hadiah ni wat kenangan..

WANITA MASUK NERAKA KERANA SEEKOR KUCING

Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum hingga kucing itu mati karena kelaparan dan kehausan. Ini menunjukkan kerasnya tabiat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas kasih di hatinya. Dia sengaja menyakiti. Jika di hatinya terdapat belas kasih, niscaya dia melepaskan kucing itu. Dan sepertinya dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Ia merasakan haus dan lapar dengan suara yang memelas meminta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenal oleh orang-orang yang mengenal suara. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impiannya. Suara itu melemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezhaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.
Jika wanita ini ingin agar kucing ini tetap di rumahnya, dia mungkin saja memberinya makan dan minum yang bisa menjaga hidupnya. Rasululloh ShallAllohu ‘alaihi wa Sallam telah menyampaikan kepada kita bahwa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika dia enggan memberinya makan yang menjaganya dari hidup, maka dia harus melepasnya dan membiarkannya bebas di bumi Alloh yang luas. Ia pasti mendapatkan makanan yang bisa menjaga hidupnya. Lebih-lebih, Alloh telah menyediakan rizki bagi kucing tersebut dari sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga-serangga yang ditangkapnya.
Perbuatan ini telah mencelakakan wanita tersebut, sehingga dia masuk Neraka. Rasululloh ShallAllohu ‘alaihi wa Sallam melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di Neraka. Bekas-bekas cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu manakala Surga dan Neraka diperlihatkan kepadanya pada saat shalat gerhana.
PELAJARAN-PELAJARAN DAN FAEDAH-FAEDAH HADITS
  1. Besarnya dosa orang-orang yang menyiksa binatang dan menyakitinya dengan memukul dan membunuh. Wanita ini masuk Neraka karena dia menjadi sebab kematian seekor kucing.
  2. Boleh menahan binatang seperti kucing, burung, dan sebagainya, jika diberi makan dan minum. Jika tidak mampu atau tidak mau, maka hendaknya melepaskannya dan membiarkannya pergi di bumi Alloh yang luas untuk mencari rizkinya sendiri.
  3. Di Akhirat, manusia diadzab sesuai dengan perbuatannya di dunia. Wanita ini diserang oleh seekor kucing di Neraka dengan mencakari tubuhnya

Wednesday, March 2, 2011

:: SURAT CINTA DARI MUSLIMAH ::

Tolong sampaikan pada si dia…
aku ada pesanan buatnya…
cinta agung adalah cintaNya…
cinta manusia bakal membuatnya alpa…
jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa…
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya…
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, 
aku terpikat kerana imannya bukan rupa…
aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, 
bila dia mula mengagungkan cinta manusia…
bila dia tenggelam dalam angan-angannya…
andai nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, 
aku milik Yang Maha Esa…
aku masih milik keluarga…
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, 
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana…
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan padanya, 
aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
aku tak mahu menjadi punca kegagalannya…
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, 
aku tidak mahu melekakan dia…
aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita- citanya…
jadilah penyokong dalam kejayaanku…

Tolong sampaikan pada si dia, 
aku mendambakan cinta suci yang terjaga…
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia… Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia… Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya… Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

TRY TO LOVE MY WAY

hidup aku sunyi.. org boleh nmpk aku ketawa,, mcm xde masalah.. padahal,, aku la manusia y paling bermasalah.. sometimes aku rasa mcm xde kasih syg kat dunia ni.. mcm xde org perlukan aku.. aku x minta jd mcm ni.. nobody perfect right?? takdir dah menentukan segalanya.. even kita dah berusaha,, kita kena redha jgk dgn qada dan qadar Nya.. semuanya dah tertulis..


aku ketakutan.. seriously,, nmpak mcm aku blh survive kan.. merantau sana sini.. padahal dlm hati takut je.. mcm2 aku pkir.. Alhamdulillah aku x penah tpkir nak guna jln singkat.. aku terima semua dugaan.. dugaan y sangat berat.. kena buang keluarga.. insyaAllah aku akan perbaiki kehidupan aku sekarang..


aku bukan xnak berubah.. aku dah berusaha sedaya upaya utk berubah.. i always try my best to be a good daughter.. but she never appreciate whatever i do for her.. i know that i have nobody in this world.. anak mana x syag mak.. syurga kan d bwh tapak kaki mak.. sape y x nak masuk syurga..

now,, i need to create my own live.. i can't let myself alone.. luahkan mimi,, apa y terpendam kat hati tu.. aku keluar dr rumah tu.. cari rumah sendiri.. aku bukan x nak family aku,, tp mak kandung aku y x nak aku.. she have her new family now,, and she happy with it.. sbg anak,, aku kena cuba bahagia dgn kebahagiaan ibu aku.. even aku sndr x bahagia..

sometimes,, aku trfikir.. wujud ke kasih syg ni.. kasih syg ni rasa mcm mn.. kalu org syg kita,, apa dy buat.. sbb aku x pernak rasa nikmat kasih syg tu.. kalu ada pon,, sekejap je..

aku harus tabah.. aku harus harungi semua dugaan ni.. Allah menguji hambaNya kerana Dia tahu hamba tersebut blh mengharungi ujian tersebut.. now,, i am alone.. harap kan kwn je peneman.. bwk diri ke merata tempat.. hiburkan dr sndr.. bila sendirian,, aku menangis.. i want my family back.. i miss them so much..

sedikit sebanyak,, ada hikmah sebalik ujian.. ada kesenangan di sebalik kesusahan.. and i found it! aku tahu Allah maha agung.. Allah sentiasa d sisi aku.. Allah tahu aku tabah,, Allah uji aku kerana Dia sayangkan aku.. derita mcm mn pon aku,, ada lg org y lbh derita dr aku..