i am who i am here

Wednesday, March 2, 2011

:: SURAT CINTA DARI MUSLIMAH ::

Tolong sampaikan pada si dia…
aku ada pesanan buatnya…
cinta agung adalah cintaNya…
cinta manusia bakal membuatnya alpa…
jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa…
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya…
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, 
aku terpikat kerana imannya bukan rupa…
aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, 
bila dia mula mengagungkan cinta manusia…
bila dia tenggelam dalam angan-angannya…
andai nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, 
aku milik Yang Maha Esa…
aku masih milik keluarga…
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, 
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana…
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan padanya, 
aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
aku tak mahu menjadi punca kegagalannya…
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, 
aku tidak mahu melekakan dia…
aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita- citanya…
jadilah penyokong dalam kejayaanku…

Tolong sampaikan pada si dia, 
aku mendambakan cinta suci yang terjaga…
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia… Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia… Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya… Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

2 comments: