i am who i am here

Friday, December 9, 2011

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta


Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.


Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "


SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."


Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."


Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...


SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.


SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

Thursday, December 8, 2011

TENTANG DHIA

sedih bila tengok cerita tentang dhia kat tv3..

gigihnya dhia dalam mengharungi ujian hidup..banyak pengajaran yang kita bOleh dapat dari cerita tu..pahit,, manis,, dalam mengharungi liku-liku hidup..

jodoh,, ajal,, maut,, semua ditanganNYA..sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang direncanakan untuk kita..

kita diberikan pilihan yang salah supaya kita dapat mempelajari sesuatu dan menghargai yang benar satu hari nanti..bersyukur dan redha lah dengan segala nikmat yang diberikan.Allah menguju hambaNya kerana Allah menyayangi hamba tersebut.janganlah terbeban dengan segara ujian yang diberikan.kuatkan iman.

SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA..

ALLAH MENGUJI KITA KERANA ALLAH TAHU,, KITA MAMPU MENGHARUNGINYA..

TENTANG SI DIA...

Kadangkala wanita sukar memahami tingkah laku lelaki. Kadangkala mereka takut salah erti tingkah laku sesorang lelaki kepada dirinya. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengetahuinya, bacalah entri kali ini.



Langkah si dia cuba mendekatimu…

-si dia membelanja anda makan @ minum…
-si dia ingin meminjam sesuatu dr anda atau meminta bantuan anda..langkah ini membuatkn si dia berasa dekat dgn anda.
-si dia mengajak anda menemaninya bersiar-siar & membeli belah yg mana langkah ini akn membuatkn anda menerima si dia..
-si dia mula bertanya kn tentang keluarga anda & dlm masa yg sama si dia akan bercerita tntang keluarga nya. Topik ini secara tidak lgsg akan merapatkan lagi hubungan anda berdua kerana anda berdua sudah saling mengetahui tentang diri masing2.
-si dia akn sentiasa bertanya khabar tentang anda..dengan ini anda tentunya akan berasa lebih disayangi..
-si dia akan memberikan anda hadiah istimewa. Ini menandakan si dia ingin melanjutkan hubungan yang lebih dr seorang rakan.
-si dia mula melayan anda seperti anda kekasihnya. Setiap kata-katanya juga adalah kata sayang & cinta..

Teruskan hubungan dengan si dia jika…

-si dia x tergopoh gapah utk menjalinkn hubungan dgn anda secara serius di mana si dia akan mendekati anda dengan sabar & x tergopoh gapah.
-si dia sering mengambil berat tentang anda termasuklah tentang kesihatan,makan,minum & setiap apa yg anda lakukan.
-si dia sentiasa membantu anda tidah kira apa jua pertolongan yg anda perlukan.
-si dia x berkira walaupun anda & dia bru berkenalan, si dia tidak kisah membelanjakan wangnya untuk anda.
-si dia sentiasa ingin menggembirakan anda dan tidak akan membebankan anda dengan masalah-masalahnya. Si dia ingin sentiasa bersama anda dengan memberikan kenangan yang indah.
-si dia tidak berahsia tentang pengenalan dirinya,tempat tinggal & nombor telefon agar hubungan anda & si dia tidak berakhir di situ shaja.
-si dia berterus terang tentang status nya sama asa si dia pernah ada teman istimewa -si dia sememangnya single.Si dia juga tidak kisah anda membaca sms @ membantunya menjawab panggilan telefon menandakan katanya adalah benar.
apabila ada masa terluang,dia pasti akan menghubungi anda & memberitahu anda tentang aktiviti nya.

Hati2 dengan si dia jika…

-si dia terlalu cepat memberitahu anda bahawa si dia ingin menjalinkan hubungan serius dengan anda. Misalnya baru 3 hari sudah bercakap soal cinta & sayang.. Nampk mcm penipu je kn…?
-mulut kata sayang & cinta tetapi tidak pernah mengambil berat soal anda malah bersikap mementingkan diri pula.
-ada sahaja alasannya apabila anda meminta pertolongan. Sekiranya dia menolong skalipun hanya lah buat secara ala kadar sahaja untuk mengambil hati anda.
-agak berkira sedikit dalam soal kewangan. Wlaupun masing2 telahbekerja namun apabila keluar makan bersama, hari ini si dia belanja anda namu, dia mula mengharapkan anda pula membelanja nya keesokan harinya..
-si dia mengajak anda melakukan perkara yang si dia suka sahaja tanpa mempedulikan anda suka atau tidak apa yang dilakukannya.Jika anda tidak menyukai aktiviti yang akan dilakukan bersamanya,si dia tetap memaksa anda mengikutnya.
-si dia cuba mengelak jika ditanya tentang alamat rumah dan hanya memberitahu secara umum sahaja. Begitu juga sekiranaya anda mahu tahu nombor telefon rumah & nombor telefon nya yg lain untuk dihubungi, si dia sama sekali tidak akan memberinya. Jika ikhlas, mengapa perlu berselindung..?
-si dia tidak pernah menceritakan tentang status dirinya. Apabila ditanya si dia akan berkata ” saya mana ada gf..siapalah yang hendakkan saya”. Tetapi telefonnya tidak pernah berhenti dr menerima panggilan @ sms. Si dia akan merampas telefon cepat2 jika anda cuba membantunya menjawab panggilan telefon @ membaca sms.Selepas itu,setiap kali bersama anda,telefonnya akan dimatikan.. Faham2 je la…
-si dia jarang menghubungi anda apabila tidak bersama anda dan memberi alasan sibuk untuk tidak keluar bersama anda.

Kenali rahsia wanita berdasarkan mengikut hari lahir.


ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, hati-hati, tidak mudah mengalah serta pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi, pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun, jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan pula, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolah keindahan mengenainya.

****



SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu sahaja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan dan mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan, dia pandai berjimat, tidak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

****

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu. Namun, dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan menghargai orang. Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tidak pandai menyimpan rahsia dan tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang berpengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai mencari duit, tetapi kurang cermat menyimpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Dari segi seksualnya pula, boleh tahan bahkan dia adalah seorang yang romantik.

****

KHAMIS

Suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja dan bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun, dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, tetapi akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya agak tinggi dan silap haribulan boleh mendorongnya ke lembah hina jika tidak terkawal jati dirinya.

****

JUMAAT

Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang berbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku keselahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai menyimpan harta demi masa depan. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadang kala tidak telus. Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi tidak suka dipaksa.

****

SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya. Namun, dia tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikannya wanita istimewa. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa sahaja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin tetapi jika kena gayanya, ia penuh dengan kelembutan.

****

AHAD

Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk. Apabila bersuami, dia taat kepada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain. Antara keperibadiannya yang kurang disenangi adalah suka mengkritik orang, tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus, tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka. Pandai simpan rahsia, rjain berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya agak tinggi.