i am who i am here

Wednesday, March 2, 2011

:: SURAT CINTA DARI MUSLIMAH ::

Tolong sampaikan pada si dia…
aku ada pesanan buatnya…
cinta agung adalah cintaNya…
cinta manusia bakal membuatnya alpa…
jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa…
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya…
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, 
aku terpikat kerana imannya bukan rupa…
aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, 
bila dia mula mengagungkan cinta manusia…
bila dia tenggelam dalam angan-angannya…
andai nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, 
aku milik Yang Maha Esa…
aku masih milik keluarga…
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, 
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana…
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan padanya, 
aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
aku tak mahu menjadi punca kegagalannya…
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, 
aku tidak mahu melekakan dia…
aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita- citanya…
jadilah penyokong dalam kejayaanku…

Tolong sampaikan pada si dia, 
aku mendambakan cinta suci yang terjaga…
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia… Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia… Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya… Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

TRY TO LOVE MY WAY

hidup aku sunyi.. org boleh nmpk aku ketawa,, mcm xde masalah.. padahal,, aku la manusia y paling bermasalah.. sometimes aku rasa mcm xde kasih syg kat dunia ni.. mcm xde org perlukan aku.. aku x minta jd mcm ni.. nobody perfect right?? takdir dah menentukan segalanya.. even kita dah berusaha,, kita kena redha jgk dgn qada dan qadar Nya.. semuanya dah tertulis..


aku ketakutan.. seriously,, nmpak mcm aku blh survive kan.. merantau sana sini.. padahal dlm hati takut je.. mcm2 aku pkir.. Alhamdulillah aku x penah tpkir nak guna jln singkat.. aku terima semua dugaan.. dugaan y sangat berat.. kena buang keluarga.. insyaAllah aku akan perbaiki kehidupan aku sekarang..


aku bukan xnak berubah.. aku dah berusaha sedaya upaya utk berubah.. i always try my best to be a good daughter.. but she never appreciate whatever i do for her.. i know that i have nobody in this world.. anak mana x syag mak.. syurga kan d bwh tapak kaki mak.. sape y x nak masuk syurga..

now,, i need to create my own live.. i can't let myself alone.. luahkan mimi,, apa y terpendam kat hati tu.. aku keluar dr rumah tu.. cari rumah sendiri.. aku bukan x nak family aku,, tp mak kandung aku y x nak aku.. she have her new family now,, and she happy with it.. sbg anak,, aku kena cuba bahagia dgn kebahagiaan ibu aku.. even aku sndr x bahagia..

sometimes,, aku trfikir.. wujud ke kasih syg ni.. kasih syg ni rasa mcm mn.. kalu org syg kita,, apa dy buat.. sbb aku x pernak rasa nikmat kasih syg tu.. kalu ada pon,, sekejap je..

aku harus tabah.. aku harus harungi semua dugaan ni.. Allah menguji hambaNya kerana Dia tahu hamba tersebut blh mengharungi ujian tersebut.. now,, i am alone.. harap kan kwn je peneman.. bwk diri ke merata tempat.. hiburkan dr sndr.. bila sendirian,, aku menangis.. i want my family back.. i miss them so much..

sedikit sebanyak,, ada hikmah sebalik ujian.. ada kesenangan di sebalik kesusahan.. and i found it! aku tahu Allah maha agung.. Allah sentiasa d sisi aku.. Allah tahu aku tabah,, Allah uji aku kerana Dia sayangkan aku.. derita mcm mn pon aku,, ada lg org y lbh derita dr aku..