i am who i am here

Friday, March 25, 2011

Korang pernah dengar pasal fesyen tudung hana tajima.. macam-macam lah zaman sekarang ni.. fesyen yuna lah,, siti lah,, wardina lah.. bila pulak nak keluar fesyen memey aini ntah.. hehe.. kadang-kadang kita terikut jugak dengan peredaran fesyen ni.. yelah,, xnak dicop ketinggalan zaman la konon..


YUNA & HANA TAJIMA




~ HANA TAJIMA ~
Dalam banyak2 fesyen,, fesyen hana tajima yang paling tak boleh blah.. tapi sebenarnya,, aku rasa fesyen tu simple.. tak payah pakai banyak pin,, selit je.. pastu siap.. kalau kene gaya nampak cantek jugak.. tapi ye lah,, pendapat orang macam-macam kan.. ada yang kutuk,, ada yang ikut..  yang ikut tu, kalau kena ngan wajah dia takpe la.. tapi kalu Nampak serabut, tak ke huru-hara.. daripada cantik,, terus orang nampak selekeh..

Kutuk punya kutuk,, sampai lah satu malam ni.. aku tido rumah kawan aku.. kitorang search internet,, tengok anak2 gadis zaman sekarng.. macam2 gayalah dorg buat.. ada setengah tu macam poyo pon ada.. saja nak “mencapub”.. menyampah tengok.. kan free2 sedekah pahala yang tak seberapa ni kat orang.. haha..

~ MEMEY TAJIMA ~
Last2,, dah puas session kutuk mengutuk,, session menerai pulak.. nil ah orang kata,, mengata dulang paku serpih,, mengata orang,, dia yang lebih.. bukan apa,, saja nak try.. nak jugak ikot peredaran zaman jgk kan~

Monday, March 21, 2011

HADIAH UNTUK DIA~

hadiah ni aku da beli lame dah.. simpan je wat kenangan.. aku beli sempena birthday dia yang ke 20.. tahun ni dia dah pon nak masuk 21.. punya la lama aku simpan.. da mcm buat jeruk dah.. xde kesempatan nak bg kat dia.. dia jauh nun kat sana.. mana da jumpa dah.. tambahan lah kitorg dah renggang..

kawan2 yang rapat ngan aku tau la aku beli hadiah ni utk sape.. aku g beli hadiah ni kat sunway,, masetu nak tgok cter new moon.. y pilih hadiah ni "big brother" aku.. kalu dy tgok pon ntah2 dy da lupa da y dy y pilih hadiah tu..




special for him..
even murah,, tp berharga..


hadiah ni aku da siap tulis da dalam dy.. mcm2 pesanan y x terpesan!! haha,, gila bayang betol aku ni.. angau sorang2.. aku da fedup kot hujung tahun lepas.. da rasa mcm nak bg je hadiah ni kat org laen.. tp x terbg jgk!
ntah ape2 ntah.. bia la aku simpan je hadiah ni wat kenangan..

WANITA MASUK NERAKA KERANA SEEKOR KUCING

Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum hingga kucing itu mati karena kelaparan dan kehausan. Ini menunjukkan kerasnya tabiat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas kasih di hatinya. Dia sengaja menyakiti. Jika di hatinya terdapat belas kasih, niscaya dia melepaskan kucing itu. Dan sepertinya dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Ia merasakan haus dan lapar dengan suara yang memelas meminta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenal oleh orang-orang yang mengenal suara. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impiannya. Suara itu melemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezhaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.
Jika wanita ini ingin agar kucing ini tetap di rumahnya, dia mungkin saja memberinya makan dan minum yang bisa menjaga hidupnya. Rasululloh ShallAllohu ‘alaihi wa Sallam telah menyampaikan kepada kita bahwa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika dia enggan memberinya makan yang menjaganya dari hidup, maka dia harus melepasnya dan membiarkannya bebas di bumi Alloh yang luas. Ia pasti mendapatkan makanan yang bisa menjaga hidupnya. Lebih-lebih, Alloh telah menyediakan rizki bagi kucing tersebut dari sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga-serangga yang ditangkapnya.
Perbuatan ini telah mencelakakan wanita tersebut, sehingga dia masuk Neraka. Rasululloh ShallAllohu ‘alaihi wa Sallam melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di Neraka. Bekas-bekas cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu manakala Surga dan Neraka diperlihatkan kepadanya pada saat shalat gerhana.
PELAJARAN-PELAJARAN DAN FAEDAH-FAEDAH HADITS
  1. Besarnya dosa orang-orang yang menyiksa binatang dan menyakitinya dengan memukul dan membunuh. Wanita ini masuk Neraka karena dia menjadi sebab kematian seekor kucing.
  2. Boleh menahan binatang seperti kucing, burung, dan sebagainya, jika diberi makan dan minum. Jika tidak mampu atau tidak mau, maka hendaknya melepaskannya dan membiarkannya pergi di bumi Alloh yang luas untuk mencari rizkinya sendiri.
  3. Di Akhirat, manusia diadzab sesuai dengan perbuatannya di dunia. Wanita ini diserang oleh seekor kucing di Neraka dengan mencakari tubuhnya

Wednesday, March 2, 2011

:: SURAT CINTA DARI MUSLIMAH ::

Tolong sampaikan pada si dia…
aku ada pesanan buatnya…
cinta agung adalah cintaNya…
cinta manusia bakal membuatnya alpa…
jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa…
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya…
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, 
aku terpikat kerana imannya bukan rupa…
aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, 
bila dia mula mengagungkan cinta manusia…
bila dia tenggelam dalam angan-angannya…
andai nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, 
aku milik Yang Maha Esa…
aku masih milik keluarga…
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, 
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana…
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan padanya, 
aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
aku tak mahu menjadi punca kegagalannya…
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, 
aku tidak mahu melekakan dia…
aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita- citanya…
jadilah penyokong dalam kejayaanku…

Tolong sampaikan pada si dia, 
aku mendambakan cinta suci yang terjaga…
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia… Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia… Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya… Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

TRY TO LOVE MY WAY

hidup aku sunyi.. org boleh nmpk aku ketawa,, mcm xde masalah.. padahal,, aku la manusia y paling bermasalah.. sometimes aku rasa mcm xde kasih syg kat dunia ni.. mcm xde org perlukan aku.. aku x minta jd mcm ni.. nobody perfect right?? takdir dah menentukan segalanya.. even kita dah berusaha,, kita kena redha jgk dgn qada dan qadar Nya.. semuanya dah tertulis..


aku ketakutan.. seriously,, nmpak mcm aku blh survive kan.. merantau sana sini.. padahal dlm hati takut je.. mcm2 aku pkir.. Alhamdulillah aku x penah tpkir nak guna jln singkat.. aku terima semua dugaan.. dugaan y sangat berat.. kena buang keluarga.. insyaAllah aku akan perbaiki kehidupan aku sekarang..


aku bukan xnak berubah.. aku dah berusaha sedaya upaya utk berubah.. i always try my best to be a good daughter.. but she never appreciate whatever i do for her.. i know that i have nobody in this world.. anak mana x syag mak.. syurga kan d bwh tapak kaki mak.. sape y x nak masuk syurga..

now,, i need to create my own live.. i can't let myself alone.. luahkan mimi,, apa y terpendam kat hati tu.. aku keluar dr rumah tu.. cari rumah sendiri.. aku bukan x nak family aku,, tp mak kandung aku y x nak aku.. she have her new family now,, and she happy with it.. sbg anak,, aku kena cuba bahagia dgn kebahagiaan ibu aku.. even aku sndr x bahagia..

sometimes,, aku trfikir.. wujud ke kasih syg ni.. kasih syg ni rasa mcm mn.. kalu org syg kita,, apa dy buat.. sbb aku x pernak rasa nikmat kasih syg tu.. kalu ada pon,, sekejap je..

aku harus tabah.. aku harus harungi semua dugaan ni.. Allah menguji hambaNya kerana Dia tahu hamba tersebut blh mengharungi ujian tersebut.. now,, i am alone.. harap kan kwn je peneman.. bwk diri ke merata tempat.. hiburkan dr sndr.. bila sendirian,, aku menangis.. i want my family back.. i miss them so much..

sedikit sebanyak,, ada hikmah sebalik ujian.. ada kesenangan di sebalik kesusahan.. and i found it! aku tahu Allah maha agung.. Allah sentiasa d sisi aku.. Allah tahu aku tabah,, Allah uji aku kerana Dia sayangkan aku.. derita mcm mn pon aku,, ada lg org y lbh derita dr aku..

Sunday, February 20, 2011

HATE OR LOVE ?

hari ney besh sgt2 ,,
enjoy gile ah ..
dr kat umah ,,
sampai la kat tempat keje ..
even agak bz hari ni ,,
tp x tensen,,
menarik!!

sebab utama : mgr y looser tuu xde ..
hehe ~

kitorng borak2 ,,
y x tahan sembang pasal citer hantu !!
aku igt hostel je y ada hantu ..
rupa-rupanya kat kenny rogers pon ada ,,
SERAM !!
benda tu jd kat dry store ,,
aku lak closing ..
lepas dengar cerita tu ,,
mmg aku x berani da la kan ..
aku kan penakut ~

y xtahan nye ,,
tyme nak simpan barang dalam chiller ,,
konfident je masuk jln dr belakang ,,
rupa2 nya palee da tutop lampu !
menjerit aku dlm tuu ..
haha ..

kelakar pulak ..
tyme nak balik ,,
boleh pulak ada sorg mgr ni sorok hp aku ..
bila aku kol masok voice ,,
then dy xnak ngaku ..
mcm nak nanges dah !

monitor y kat cashier lak tbe2 tertutop sndr !
sudah ,, cerita seram apa pulak ney ,,
lantak lah ,, y aku tau aku nak balek ..
lepas hp aku dpulangkan ,,
terkeluar dr mulut aku ..
"sir ,, mn boleh hilang ni !! nyawa kot "
staff laen gelak jee ,,

motif utama aku tules ni ,,
sbb nak ckp ,,
I LURVE MY WORK!
tp tyme si LOOSER  tu xde lah kan~
bila si LOOSER tu ada ,,
dah jd ..
"I HATE MY  WORK"

Saturday, February 19, 2011

DIALOG 2 HANTU ,,

Tersebutla kisah dua orang hantu. Mereka ini baru bertemu lalu mereka pon berborak bagi mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu Hantu A yang kehairanan ni pon bertanya,,“Apsal kau ni asyik menggigil je?”

“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.


“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.

“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.

“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”

,“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”

“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.

“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lg.