i am who i am here

Friday, December 9, 2011

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta


Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.


Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "


SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."


Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."


Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...


SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.


SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

Thursday, December 8, 2011

TENTANG DHIA

sedih bila tengok cerita tentang dhia kat tv3..

gigihnya dhia dalam mengharungi ujian hidup..banyak pengajaran yang kita bOleh dapat dari cerita tu..pahit,, manis,, dalam mengharungi liku-liku hidup..

jodoh,, ajal,, maut,, semua ditanganNYA..sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang direncanakan untuk kita..

kita diberikan pilihan yang salah supaya kita dapat mempelajari sesuatu dan menghargai yang benar satu hari nanti..bersyukur dan redha lah dengan segala nikmat yang diberikan.Allah menguju hambaNya kerana Allah menyayangi hamba tersebut.janganlah terbeban dengan segara ujian yang diberikan.kuatkan iman.

SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA..

ALLAH MENGUJI KITA KERANA ALLAH TAHU,, KITA MAMPU MENGHARUNGINYA..

TENTANG SI DIA...

Kadangkala wanita sukar memahami tingkah laku lelaki. Kadangkala mereka takut salah erti tingkah laku sesorang lelaki kepada dirinya. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengetahuinya, bacalah entri kali ini.



Langkah si dia cuba mendekatimu…

-si dia membelanja anda makan @ minum…
-si dia ingin meminjam sesuatu dr anda atau meminta bantuan anda..langkah ini membuatkn si dia berasa dekat dgn anda.
-si dia mengajak anda menemaninya bersiar-siar & membeli belah yg mana langkah ini akn membuatkn anda menerima si dia..
-si dia mula bertanya kn tentang keluarga anda & dlm masa yg sama si dia akan bercerita tntang keluarga nya. Topik ini secara tidak lgsg akan merapatkan lagi hubungan anda berdua kerana anda berdua sudah saling mengetahui tentang diri masing2.
-si dia akn sentiasa bertanya khabar tentang anda..dengan ini anda tentunya akan berasa lebih disayangi..
-si dia akan memberikan anda hadiah istimewa. Ini menandakan si dia ingin melanjutkan hubungan yang lebih dr seorang rakan.
-si dia mula melayan anda seperti anda kekasihnya. Setiap kata-katanya juga adalah kata sayang & cinta..

Teruskan hubungan dengan si dia jika…

-si dia x tergopoh gapah utk menjalinkn hubungan dgn anda secara serius di mana si dia akan mendekati anda dengan sabar & x tergopoh gapah.
-si dia sering mengambil berat tentang anda termasuklah tentang kesihatan,makan,minum & setiap apa yg anda lakukan.
-si dia sentiasa membantu anda tidah kira apa jua pertolongan yg anda perlukan.
-si dia x berkira walaupun anda & dia bru berkenalan, si dia tidak kisah membelanjakan wangnya untuk anda.
-si dia sentiasa ingin menggembirakan anda dan tidak akan membebankan anda dengan masalah-masalahnya. Si dia ingin sentiasa bersama anda dengan memberikan kenangan yang indah.
-si dia tidak berahsia tentang pengenalan dirinya,tempat tinggal & nombor telefon agar hubungan anda & si dia tidak berakhir di situ shaja.
-si dia berterus terang tentang status nya sama asa si dia pernah ada teman istimewa -si dia sememangnya single.Si dia juga tidak kisah anda membaca sms @ membantunya menjawab panggilan telefon menandakan katanya adalah benar.
apabila ada masa terluang,dia pasti akan menghubungi anda & memberitahu anda tentang aktiviti nya.

Hati2 dengan si dia jika…

-si dia terlalu cepat memberitahu anda bahawa si dia ingin menjalinkan hubungan serius dengan anda. Misalnya baru 3 hari sudah bercakap soal cinta & sayang.. Nampk mcm penipu je kn…?
-mulut kata sayang & cinta tetapi tidak pernah mengambil berat soal anda malah bersikap mementingkan diri pula.
-ada sahaja alasannya apabila anda meminta pertolongan. Sekiranya dia menolong skalipun hanya lah buat secara ala kadar sahaja untuk mengambil hati anda.
-agak berkira sedikit dalam soal kewangan. Wlaupun masing2 telahbekerja namun apabila keluar makan bersama, hari ini si dia belanja anda namu, dia mula mengharapkan anda pula membelanja nya keesokan harinya..
-si dia mengajak anda melakukan perkara yang si dia suka sahaja tanpa mempedulikan anda suka atau tidak apa yang dilakukannya.Jika anda tidak menyukai aktiviti yang akan dilakukan bersamanya,si dia tetap memaksa anda mengikutnya.
-si dia cuba mengelak jika ditanya tentang alamat rumah dan hanya memberitahu secara umum sahaja. Begitu juga sekiranaya anda mahu tahu nombor telefon rumah & nombor telefon nya yg lain untuk dihubungi, si dia sama sekali tidak akan memberinya. Jika ikhlas, mengapa perlu berselindung..?
-si dia tidak pernah menceritakan tentang status dirinya. Apabila ditanya si dia akan berkata ” saya mana ada gf..siapalah yang hendakkan saya”. Tetapi telefonnya tidak pernah berhenti dr menerima panggilan @ sms. Si dia akan merampas telefon cepat2 jika anda cuba membantunya menjawab panggilan telefon @ membaca sms.Selepas itu,setiap kali bersama anda,telefonnya akan dimatikan.. Faham2 je la…
-si dia jarang menghubungi anda apabila tidak bersama anda dan memberi alasan sibuk untuk tidak keluar bersama anda.

Kenali rahsia wanita berdasarkan mengikut hari lahir.


ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, hati-hati, tidak mudah mengalah serta pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi, pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun, jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan pula, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolah keindahan mengenainya.

****



SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu sahaja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan dan mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan, dia pandai berjimat, tidak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

****

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu. Namun, dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan menghargai orang. Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tidak pandai menyimpan rahsia dan tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang berpengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai mencari duit, tetapi kurang cermat menyimpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Dari segi seksualnya pula, boleh tahan bahkan dia adalah seorang yang romantik.

****

KHAMIS

Suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja dan bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun, dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, tetapi akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya agak tinggi dan silap haribulan boleh mendorongnya ke lembah hina jika tidak terkawal jati dirinya.

****

JUMAAT

Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang berbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku keselahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai menyimpan harta demi masa depan. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadang kala tidak telus. Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi tidak suka dipaksa.

****

SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya. Namun, dia tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikannya wanita istimewa. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa sahaja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin tetapi jika kena gayanya, ia penuh dengan kelembutan.

****

AHAD

Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk. Apabila bersuami, dia taat kepada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain. Antara keperibadiannya yang kurang disenangi adalah suka mengkritik orang, tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus, tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka. Pandai simpan rahsia, rjain berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya agak tinggi.

Tuesday, October 18, 2011

KENALPASTI MEREKA BERBOHONG~

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda – tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki / wanita anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Sunday, October 2, 2011

:'(

tengok member upload gambar2 konvo tiba-tiba aku rasa sebak sangat-sangat.. konvo aku nanti,, macam tak ada je wakil yang datang.. seriously,, mula-mula aku tak rasa sedih sangat.. tapi bila tengok gambar orang,, dengan family.. happy je.. jadi jeles pulak.. aku nanti nak jugak bergambar ngan family..

ibu,, ayah,, bapak,, masing-masing ada hal.. sebak la.. sedih sangat-sangat.. tapi nak buat macam mana kan.. aku redha je la.. result aku pon bukan la terer sangat pon.. kalau anc takpe la jugak~

mimi,, be strong okay.. i need someone.. parents,, family yang terdekat.. tapi of course sape pon mesti nak mak atau ayah dia datang time konvo tu..

mak,, tak dapat cuti.. ayah pulak mesti la ikut mak.. aku kena la consider jugak kan dengan keadaan masing-masing.. kalau mak ayah aku datang,, sape pulak nak jaga adik-adik aku..

bapak pulak awal-awal lagi cakap ada hal.. ntah la.. boleh ke,, konvo nanti aku sorang-sorang.. gerenti ke aku tak nangis? kadang-kadang aku fikir,, aku pon tak payah datang majlis konvo tu.. boleh tak macam tu? langsung tak ada wakil??

sabar je la mimi.. tengok je apa yang jadi nanti.. sesungguh nya Allah lebih mengetahui segala-galanya..

"Ya Allah,, kau kuatkan lah semangat hamba mu ini.. Jangan sekali kau patah kan semangatku.. kau kuat kan lah imanku.. aku yakin,, setiap yang berlaku ada kebaikannya.. dan sesungguh nya,, kau hanya menguji hamba yang kau anggap layak untuk di uji.. kentalkan jiwa ku Ya Allah.. Kuatkan jiwaku.. Amin.."

Wednesday, September 21, 2011

renung-renungkanlah~

Orang boleh cakap apa saja yang mereka nak. Hakikatnya, apa yang kita tanggung, kita sendiri yang rasa. Beban yang dipikul kadang-kadang tak terlihat dari mata kasar. Orang nampak kita macam bahagia, hakikatnya, kita sendiri yang tau.

Manusia boleh judge kita dari luaran. Tapi masalah sebenar yang kita alami, ada orang lain nak ambil tau? Yang manusia tau buat, hukum seseorang tu tanpa usul periksa. KOLOT! Zaman dah berubah lah. Zaman mak jah gossip pasal anak pak abu dengan makcik kiah da lama da lepas. Manusia sekarang dah tak jaga tepi kain orang sebab takut kain sendiri terlondeh.

Perlu ke kita cerita semua masalah kita kat orang? Just consider la. Whatever yang jadi, yang someone tu buat, mesti ada reason nya. Ada ke, manusia yang sanggup kena buang dari family, kena sisih dari saudara mara? Ada ke manusia yang bawa diri jauh dari family tanpa sebab? Lu pikir la sendiri wei, masing-masing dah besar kan.

Sebagai manusia, just think positif. Don’t judge someone tu tanpa usul periksa. Ya, maybe nampak someone tu macam berduit, family senang, tapi nobody knows apa jadi pada life dia.

Betapa susah nya ia cari duit.

Betapa runsing nya dia memikirkan masa depannya.

Betapa sakitnya jiwa dia dengan kehidupan dia.

Kalu dia kaya, takkan la dia kerja setengah nyawa cari duit untuk tampung hidup dia.

Siapa yang nak hidup susah?

Sometimes, manusia ni cakap ikut sedap mulut je. Tak fikir perasaan orang lain. Hey, semua manusia ada perasaan. Jangan kata manusia, haiwan pon ada perasaan. Yang membezakan manusia dengan haiwan tu AKAL. So, cakap guna akal. Jangan jadi macam haiwan yang tak berakal.

Tuesday, August 9, 2011

KISAH DONGENG

Ku sedar ku tak seberapa . .
Jika dibanding mereka . .
Yang jauh lebih megah dari diri ini . .

Apa yang mampu ku berhias . .
Hanyalah hati yang ikhlas . .
Terpendam simpan untuk dia yang sudi . .

Mencintai aku dengan seadanya . .
Mencintai aku bukan kerana rupa . .
Dalam waktu sedu . .
Dalam waktu hiba . .
Ku harapkan dia rela . .

Mencintai aku dengan seadanya . .
Sanggup menerima insan tak sempurna . .
Atau mungkin cinta sebegitu hanya . .
Kisah dongeng saja . .

Belum pernah ku merasakan . .
Dipeluk dalam dakapan . .
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini . .

Sanubariku memerlukan . .
Kehadiran seorang teman . .
Tulus mencurah kasih sepenuh hati . .

Mencintai aku dengan seadanya . .
Mencintai aku bukan kerana rupa . .
Dalam waktu sedu . .
Dalam waktu hiba . .
Ku harapkan dia rela . .

Mencintai aku dengan seadanya . .
Sanggup menerima insan tak sempurna . .
Atau mungkin cinta sebegitu hanya . .
Kisah dongeng saja . .

Sunday, August 7, 2011

I LOVE HER AS MY BESTFRIEND FOREVER..

sahabat sejati.. apa yang korang tau pasal istilah sahabat sejati?? kalau dah kata sahabat sejati mestilah suka dan duka dikongsi bersama.. ntah la,, kadang-kadang aku rasa macam aku dah jumpa sahabat sejati.. tapi hakikat nya macam tak sejati sangat je..

penggunaan istilah sahabat sejati keluar dari mulut dia sendiri.. dia cakap,, mungkin aku bukan betul-betul sahabat sejati dia.. seriously,, aku sayang dia.. aku da anggap dia macam kakak aku sendiri.. aku usaha faham dia.. aku terima dia seadanya.. buruK baik dia aku redha.. aku beri dia nasihat.. aku tak buang dia dari hidup aku.. orang kutuk lah pasal dia kat aku,, aku still mengaku dia adalah kawan baik aku..


maybe susah kan nak buat orang faham kita.. apatah lagi nak faham orang.. sahabat macam mana pon,, family lebih utama.. sebagai sahabat,, kita harus tau apa yang dia suka,, tabiat dia,, perangai dia,, pergaulan dia..macam-macam lagi lah.. at least buat la sang sahabat tu rasa dihargai.. tak banyak sikit pon jadi lah..


sifat jujur tu harus ada.. tapi jangan lah terlebih jujur sangat sampai menyinggung perasaan..



i love her and i really miss her right now..




tapi apa boleh aku buat.. keegoan membataskan segalanya.. aku banyak makan hati dengan dia.. sabar dengan kerenah dia.. tapi,, semua usaha aku tu sia-sia saja..


dia sahabat yang baik.. kakak yang boleh beri nasihat.. manusia kan.. mesti lah ada kekurangan.. nobody perfect kan.. aku sayang dia dan aku nak jadi sahabat sia selamanya.. dah dia cakap kami bukan sahabat sejati,, what can i do?? just leave her..

Saturday, August 6, 2011

LU BIKIN WA PUSING LA DER!

apa perasaan orang bercinta eh?? ce citer sket.. emmmmm...

nak kata tak pernah bercinta, macam banyak je pengalaman bab bercinta ni.. siap ada membe minta nasihat.. kategori pro la jugak tu kan.. tapi hakikat nya, macam aku tak pernah betul-betul jatuh cinta..

27 ngan 21,, jarak nye tambah tolak dalam 6 tahun.. standard la kan?? ngeee~

kenapa dengan angka tu?? alamak.. aku suka dia ke?? dia macam suka aku.. aku pon memang suka dia.. hehe.. tapi pengetahuan Agama dia cetek.. kalau kita nak cari suami,, cari yang boleh bimbing kita.. bukan kita yang bimbing dia..

tapi kan,, bukan ke "kekurangan dalam diri awak adalah kesempurnaan untuk saya??"

em.. boleh pakai ke ha istilah tu?? dia pernah ajak aku kawen.. gila kah beliau??

hehe,, mesti la aku jawab tak!! aku pon confius.

did he really mean what he say??

ayoo.. layanan dia macam betul-betul.. but sometimes,, macam main-main.. hei der,, please lah.. be serious bab ni!!

senang cerita tak payah fikir kan?? ada jodoh ada la.. tapi dia bikin aku tak keruan.. -.-'

whatever lah..

Monday, July 25, 2011

PURSE,,

First time dalam sejarah hidup aku purse aku hilang.. Tu pon aku tak perasan dompet aku tu hilang.. Hari tu aku masuk kerja pagi.. 

Then,, dalam pukul 3,, aku dapat call dari number yang tak dikenali.. Aku masuk kitchen,, angkat fon.. Lelaki.. 


Dia tanya aku,,
ada hilang dompet kan?? 

Ha?? Dompet aku hilang.. Wrong number kot.. Dia suruh aku check balek beg aku..
Lepas tu,, aku pon pergi la check beg aku tu.. Purse aku takde!!!!!

First-first aku curiga jugak.. Yelah,, macam mana dia tau nak contact aku.. Number celcom pulak tu.. Kalau dia call number maxis tu consider jugak sebab ada kad yang letak sim card tu.. Terang-terang number maxis aku kat situ.. Tapi ni dia call number celcom aku.. Haih,, mamat ni betul ke???

Mula-mula dia suruh aku datang rumah dia.. Hah,, nak cari nahas datang rumah orang lelaki.. Aku minta tolong IMI sembang ngan orang tu.. Suruh dia datang Jusco.. Ok la,, settle.. Dia nak datang Jusco hantar purse aku.. Wah,, baeknya hati dia…
Lepas tu memang semua kerja aku dah tak jadi la.. Purse hilang kot!!

Bila aku dapat balik purse aku tu,, aku cakap terima kasih banyak-banyak kat dia.. Aku check purse aku tu.. Alhamdulillah,, takde apa pon barang yang hilang.. Harta aku lengkap!! Tak baek aku buruk sangka ngan orang tadi tu..
^^

Wednesday, July 13, 2011

KISAH CROCS KU

Kisah crocs kesayangan aku ni kelakar la jugak.. Date sebenar aku beli crocs ni tak ingat la pulak.. Tapi dalam bulan 9 tahun lepas kot.. Kira hampir setahun jugak la crocs ni berjasa kat aku.. Lepas beli crocs ni,, aku tak pandang kasut laen dah.. Jadi pengguna setia.. Mane-mane pergi pon crocs je yang disarungkan.. Pegi maen futsal pon guna crocs,, sampai terkoyak kasut tu tyme nak kejar bola..

Bila kasut tu kotor,, aku bersih kan.. Aku belikan button kat dia.. Aku susun cantik-cantik.. Kira kesayangan betul lah.. Tapi kaler dia pink.. Huhu.. Mula-mula nak pakai tu kekok jugak la sebab pink.. Aku kan gangster,, mana boleh masuk dengan pink..

Tapi dah lama-lama ok la.. Girly jugak aku ni eh.. Haha..

Sampai la sati hari ni.. 29 june 2011.. Aku pergi mandi sungai.. (xmandi sangat pon sebab banyak nyeee monyet!) Baru kitorang pergi kat air,, monyet dah serang makanan.. Adoi.. Terbantut niat nak mandi.. Takpe lah,, at least sampat jugak aku kat air terjun 7 tingkat ni..

Dah la frust tak dapat mandi,, kitorang nak pergi SELAYANG MALL.. Berhenti kat petronas jap,, nak tukar baju.. Aku orang 1st yang tukar baju.. Then Ain.. Sementara tunggu Ain tu,, aku pon duduk la dalam kereta dengan Camas.. Camas ni budak Indon yang kerja kat PTGC sekali ngan kitorang..
Lebih kurang berapa minit tunggu aku pon rasa panas.. Aku suruh Camas tutup pintu kereta sebab aku nak pasang air-cond.. Confident aku jemur kasut aku kat luar..  Bila Ain dah siap,, aku lupa terus crocs aku yang dijemuran!!

Sampai je kat SELAYANG MALL,, nak turun kereta.. “eh,, kasut aku mane??” Sumpah aku terkejut kasut aku hilang dalam kereta!! Pastu Camas cakap,, “kasutnya tadi tertinggal di petronas,,” Aduh!!! Nak patah balek macam jauh je..

Pastu free-free je aku pergi beli kasut baru.. Wahahaha.. Yey,, kasut baru.. “SELAMAT HARI RAYA!!

(MELAYANG DUET AKU RM20)

Esoknya aku pergi petronas tu balek,, kasut aku still ade.. Bagusnya orang Selayang.. Naseb dorang tak buang kat tong sampah kasut aku tu.. Dengan takde perasaan aku g amik kasut tu masuk dalam kereta and sekarang kasut tu still dengan aku.. ((:



Tuesday, July 12, 2011

KU MENUNGGU-ROSSA


Ku menunggu
Ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
Tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
Ku kan selalu di sini untuk menunggumu

Cinta itu
Ku berharap kau kelak kan cintai aku
Saat kau telah tak bersama kekasihmu
Ku lakukan semua agar kau cintaiku

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu


Datang padaku

Ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
Saat kau sadar betapa ku cintaimu
Ku kan selalu setia untuk menunggumu

PERGILAH PERGI..

ADUH PERASAAN,, TOLONGLAH JANGAN MACAM NI..

selalu sangat macam ni.. bila lama sangat on9,, mula lah nak melayan perasaan.. teringat kisah itu lah,, teringat kisah inilah.. kadang-kadang sampai dah muak dah.. tapi nak buat macam mana.. bukan kita yang minta...

kenapalah susah sangat manusia tu nak melupakan?? nak nasihat orang senang,, "delete je semua pasal dy,, fikir yang buruk2 pasal dy,," cakap guna lidah senang la.. cuba cakap guna akal.. susah der!!

yang dikejar tak dapat,, yang dikendong berciciran.. tu la yang aku tengah alami sekarang.. dulu orang nak,, kita tak nak.. sekarang padan lah dengan muka sendiri.. benda alah ni semua tak penting pon.. tapi,, saje nak kusutkan fikiran..

aku tak faham dengan sikap tak jemu sorang makluk Allah ni.. dah berjuta alasan aku bagi.. dah banyak sindiran aku buat.. dah berapa ratus sms, panggilan aku tak jawab.. tapi kenapa dia tak jemu-jemu?? apa istimewa nya aku kat mata dia.. sampai 4 tahun sanggup tunggu.. aku yang tak sampai hati.. tapi kadang-kadang tu sampai jugak hati ni..

manusia,, kadang-kadang kita sendiri konfius dengan apa yang kita mahu.. we cant ask ourself about what we want.. tepuk dada tanya selera?? naek lebam dah tepuk dada ni.. tak terjawab jugak.. that questions have no answers to me.. 

Friday, June 24, 2011

Kat Kenny Rogers Taiping aku praktikal 4 bulan.. Then,, aku pindah keje kat Kenny Rogers Seberang Perai 2 bulan.. Macam-macam pengalaman aku dapat dari kedua-dua Kenny Rogers. Macam-macam kerenah lah.. Sampai tak tercapai akalmu.. ((:


Mula-mula kat KRR Seberang Perai sini aku rasa macam nak berhenti keje je sebab aku tak masuk sangat ngan staff Kenny Seberang Perai. Ye la, sape je yang ada tyme tu,, KAK ANA je.. Yang laen budak-budak part tyme (ceh,, macam la aku bukan part tyme jugak!).. MUNIRAH,, ANUAR,, CEPLOS ngan FARAH.. Mase tu KAK DINA ngan IMI kat Kenny Gurney.. AIN lak cuti honeymoon ngan boyfriend dia.. Memang keseorangan lah kan aku kat situ.. Lama-lama aku makin masuk kat sini.. KAK DINA,, KAK ANA,, IMI,, AIN,, ABG HUSAI,, SIR SHAHIR,, SIR ZAIDI,, SIR KANAN,, MIS SHU,, KAK FIZA ngan KAK SU.. Yang atas tu kira senarai staff paling setia la kat Kenny ney.. Tyme tu memang asyik buat OT je la jawabnye sebab tak cukup staff.. Lama sikit,, masuk budak2 part time.. Ramai.. Antaranya ZUL,, BENT,, AZHAR,, MIMI,, RIZAL,, JOJIE n ENCIK RASHID.. Eh?? EN RASHID?? RASHID je la.. Huhu.. Sampai hari last aku kat sana,, sedih pulak nak tinggal kan dorg.. Tapi nak wat cane.. 

Hari last aku jadi utility.. Memang terbaek lah kan.. Tapi aku ngan AIN macam lega sket sebab staff closing mlm tu semua baek-baek.. Ala,, sape je.. AKU,, AIN,, RIZAL,, MIMI ngan KAK SU.. Manager lak SIR SHAHIR.. Memang selamat lah.. (konon je la).. AKU,, AIN ngan RIZAL plan baek punye untuk selamat kan diri masing-masing sempena hari last kitorang.. AIN tolong aku steward sementara aku bersihkan rotisserie.. RIZAL lak cover AIN kat tempat assembler.. KIRA KITORANG YANG NAK BERHENTI NI AKAN BERSATU TEGUH LA.. Tp last2 plan x jd!! Sebab nye tetiba lak guests masuk mencurah-curah.. Geram tul.. Rancangan anganku musnah!! Tapi x kesah la,, line macam clear je(macam je la).. Kitorang pon menghabiskan keje closing masing-masing.. Keje aku da hampir siap ni,, tinggal nak bersihkan tempat steward je.. Tetiba AIN dtg bwk berita yang mendebarkan.. MIMI,, IMI datang..Dia ade kat luar,, macam nak luruh jantung aku dengar!! IMI pon masuk utility dengan sebungkus tepung gandum 1 kg di tangan.. X tahan nye SIR SHAHIR pon join.. Aku lari masuk dlm walk-in.. IMI ngan SIR SHAHIR serang AIN ngan RIZAL kat luar.. Aku siapkan keje aku.. Bila IMI masuk balek kitchen,, aku lari masuk walk-in balek.. Bila aku dengar IMI ugut,, nak tepung ke,, nak air grease trap??,, aku pon keluar serah diri.. mesti la nak tepung,, IMI pon ape lagi.. Ah,, mane aci aku sorang je yang kene!! Dia pon mesti la kene jugak.. Sentiasa kot,, orang yang kenekan aku mesti kene jugak(macam kes Shafiq dulu tyme birthday aku).. Satu kitchen jadi putih suci akibat tepung.. Aduh,, pinggan abes sume kene cuci dua kali.. Rajen kan aku malam tu.. Haha.. balek closing pukul 12 kot..

Beze ngan KENNY Taiping.. Last kat sini,, dorang buat BBQ kat rumah SIR ZUL ngan AIDIL.. Sweet kan?? Haha.. X leh lupa jugak tuu.. Kitorang masak-masak kat rumah KAK DAYANG&ABG ZAFRUL(da macam kad kawen la pulak).. Pastu angkut sume makanan gi rumah SIR ZUL.. Kalau rumah tu dekat boleh terima lagi.. Ni jauh beribu batu kot.. Rumah KAK DAYANG nye kat Taman Kaya,, rumah SIR ZUL nye kat Kamunting.. Kitorang semua staff kene puasa ayam hari tu.. Ye la,, nak jimat kos kan.. Ayam staff meal tu amik bawak balek letak kat dalam bihun ngan mee.. Ada lebih quarter chicken je,, AKU,, KAK SEHA,, KAK DAYANG ngan SUE kongsi empat orang.. 

SIR ZUL la jd chef of the day malam tu.. Tukang masak kitorang.. Makanan banyak gile-gile kot.. Sampai x terhabes.. Tu la namanya tamak.. Last kene ajak budak STURBUCKS datang untuk habeskan makanan tu.. Kalau tak,, membazir jee.. SUE pulak gadoh ngan MAIL malam tu,, kalau tak,, mesti budak OLD TOWN pon join.. 1 TAiPING SENTRAL MALL betol lah!! Bukan ape,, makanan banyak tak habes.. Bayangkan la,, ade mee goreng,, bihun goreng,, nugget,, fries,, keropok,, buah tembikai.. Yang untuk BBQ lak,, chicken wing sampai 55 ketul,, jagung lagi,, pastu ade sosej pulak.. Melantak sakan la hoi.. Rindu lak kat dorang.. SUE,, KAK DAYANG,, ABG ZAFRUL,, SHAHIL,, AIDIL,, KAK SEHA,, KAK JU,, SIR ZUL,, SIR SHAH,, MIS DEWI,, FAUZAN,, ANEP,, EZANI,, AZRUL,, AIZAT ngan PALEE..


Tak kesah la.. Tapi pengalaman kat Kenny Rogers Roasters memang besh (dia punya staff meal pon yang best) ((:

P/S: TULISAN SEBESAR ALAM! AKU MEMANG NAK SEMUA ORANG BACA PON..

Wednesday, May 4, 2011

KENANGANKU.KENANGANMU

Aku dA AbEs dA prAktikaL,, mCm x cAye jEE aKu dA aBEs diPLoma!!

GUA DA MERDEKA BEB!! Huhuhu~

Alamak,, merdeka, merdeka jugak,, tp rindu lah sama mereka y seangkatan kat penang dulu.. Membe2 rapat aku kat penang,, Ain,, Moon,, Pia,, Nad,, Ecah ngan Mira.. Mcm2 kenangan ade.. Rindu bangat!!!!

NAK TAU X CiTER DR AKU PART 1 DOLU2??
Dulu aku x rapat pon ngan nama y tersenarai kat atas tuu.. Dulu part 1 aku rapat ngan Putri,, Hanie,, Nad(nadira ye,, bukan nadzirah),, ngan Juni.. Part 1 dulu aku duduk hostel baiduri,, sebilik ngan Putri,, Kak Leha ngan Kak Nana.. Teringat zaman part1 buka puasa ngan dorg.. Yg paling aku igt tyme lepas buka puasa.. Tyme tu Kak Nana,, Putri ngan Kak Leha tgh menggila,, merepek sembang pasal “babi”.. Aku tgh solat Magrib tyme tu.. Terbatal solat aku,, sbb dgr Kak Nana ckp “babi tu comel”.. Terus aku lari g solat kat bilik Hanie.. Baru2 ni,, kat sunway,, aku jumpe Hanie,, 1o kali peluk x nak lepas lg.. Huhu.. Da la Hanie ngan Ayie tyme tu.. Lame duh dorg,, dr sekolah smpai skarang.. Jeles I taw.. Sayang nye aku x dpt jumpe Nad ngan Junie..
Nak tau?? Part 1 lg da bt keje gila.. Kitorg g pulau naek rapid kot.. Bayang kan la camne kitong ley survive gune bas rapid kat pulau tu.. Pastu sewa hotel D’FERINGGI.. 1 mlm seratus.. Sewa 1 bilik pmpn,, 1 bilik lelaki..


PENYU


NAIK PART 2 LAK,, AKU DA RAPAT NGAN DAK KELAS AKU,,
Sofia,, Ain,, Moon,, Ecah ngan Mira..
Punca kitorg rapat : KEBETULAN!! Huhu..
Ain,, Moon,, Ecah ngan Mira mmg da apply sbilik pon.. N dorang pon mmg dpt sbilik.. Aku lak,, x tersenarai pon dlm kolej Baiduri tu.. Tyme daftar aku ikot je bontot dorang.. Naseb nama aku xde dlm list,, free2 aku dpt baiduri,, siap blh pilih bilik lg.. Aku pilih la bilik y dekat ngan dorg.. Aku sebilik ngan Paie ngan Elly.. Sorg dak Tourism,, sorg lg Letrik.. X lama lepas tu,, pia ada masalah ape ntah,, nak maen tuka2 bilik.. Dy pindah bilik ngan aku.. Naseb boleh.. Start dr tu,, aku ngan pia rapat sangat2.. Aku pon sayang Pia sangat2!! Hihihi~

HIJAU


MANDARIN CLASS

BILE DAH PART 3,, KITORG SUME TERCAMPAK KE MUTIARA,,
Kitorg apply lg kolej utk sem ni.. Letak abes sume borang dlm 1 smpul.. Tyme tu dgn harapan blh la nak dpt serumah kat mutiara nnt.. Tp harem.. Huhu~ Terpisah jauh lak tuu.. Aku la y paling sedey.. Sorg2.. Mira serumah ngan Ecah.. Ain,, Pia ngan Moon.. Aku sorg2.. Even da bercerai berai mcm tu,, aku ngan Ain,, Pia,, Moon still seblok.. Yg memisahkan kitorg just tgkt jee.. Hehe.. Tyme tu Nad tercampak ke NR,, dy apply kolej.. Bestnyee dy ley pilih sndr nak dok rumah mane.. Kbtulan rumah aku ade kosong.. Ape lg,, serumah la kitorg jwbnye.. Start sem ni lah,, Nad masuk geng kitorg.. Geng WLG!! Hehe~
7 GADIS IN 1 KANCIL??


JUSCO KU


DFSM


MASUK PART 4 LG BEST,, DPT SRUMAH TUJUH2 ORG.. TERBAEK WOK!!!
Part4 ni,, Mutiara da jd milik kami!! Haha.. Kitorg duduk blok intelek(kot),, x igt nm blok.. Duduk tgkt 1.. Aku 1 bilik ngan Moon n Nad.. Mira,, Ecah n Pia sebilik.. Ain sorg2.. Sbb bilik Ain duduk tu pon kecik je.. Sem ni la kitorg ade kitchen,, housekeeping,, ngan serving.. Byk gak la kenangan sem ni.. Sampai da x ingat ape kngan yg nak ditulis tu!! Hahaha~
MATRIK KAD


MEREKA GILAR!


HOTZZZ


SEM5 KITORG DA DEWASA!!!! DOK RUMAH SEWA KOT.. GILE AH,,
Sem 5 kitorg menyewa.. Sbb kolej da x nak terima da kitorg.. Sedey kan!! Tyme ni aku sebilik ngan Pia,, Moon,, Nad.. Ecah ngan Ain.. Akma ngan Ilah.. Naek sem 5 jgk ktorg jd rapat ngan dak2 kelas.. Group A ngan Group B bergabung lalu meletup!! Huhuhu.. Best lah RUMAH PAKCIK ILYAS tu.. Jiran pon best.. Igt lg tyme study week,, Pia,, Moon ngan aku menggila layan lagu Hindustan sambil study.. Last2 x study pon!! Sbb Moon ngan Pia gila Hindustan.. X tahan nye dorag hafal kot lagu tu.. Ternganga aku tgok.. Aku da la lgsung x layan Hindustan..
BOBA TEA GULP


SNAP.SNIP.SNUP


PANGKOR ISLAND WITH LURVE


SEM6 DA START PRAKTIKAL..
Aku ngan Ain menyewa kat Apartment Permata.. Moon ngan Pia tggl kat umah aku.. Kwn kan,, x kan nak biar dorg merempat.. Hihihi~ Jan marah ha… Jalan2 pusing abes 1 penang.. Bak kate pia,, kitorg cover 1 sem punye jln2..

APE2 PON,, TERBAEK LAH KNL KORG.. PIA,, MOON,, AIN,, NAD,, MIRA,, ECAH.. KORANG SENTIASA ADA TYME SUSAH DAN SENANG.. WE ALWAYS TOGETHER-GETHER.. hehe~
GERENTI AKU RINDU KAT HAMPA SEMUA!!!!!!!!!!!!!!

Monday, April 18, 2011

memey yang gila~

sape yang aku nak sebenarnya ni? dulu teringat jee kat dia..
MENYESAL LAH,,
bila tau dia da single balik,, tibe2 perasaan tu dah xde..
aku pon x paham perasaan aku ni..
dia maybe mmg terbaik untuk aku,, tp aku bukan terbaik untuk dia..
so,,
renung2 kan da selamat beramal!



**kalau perasaan sayang tu xde,, mmg kita xboleh nak adakan perasaan tu.. jgn dipaksa,, kelak kan merana.. cewah..


aku rindu dia,, aku nak dia sentiasa di samping aku.. aku nak dia y selalu support aku.. tp aku x suka dia y annoying.. aku suka dia sbg kawan baik,, bukan teman istimewa..


** kalau perasaan sayang tu terlalu kuat,, susah pulak nak kikis perasaan tu.. even org y disukai da tukar2 pasangan byk kali.. even org y dsayangi tu sakitkan hati kita.. UNTUNG NYE JD ORG Y DISUKAI~

Friday, April 1, 2011

JATOH CINTA

sape kenal zulkifli ariffin?? hehe.. aku suke la dy.. satu2 nye pelakon lelaki melayu yang aku rasa aku betol2 minat.. aku tegok drama ni.. mula2 aku tak kenal pon sape zulkifli arifin ni.. sekali tengok,, "hai,, boleh tahan jugaj,," terus aku follow citer tu.. dlm citer tu,, zul pegang watak bapa orang..


cerita ni best.. menarik lah.. haha.. teros aku search sape zulkifli arifin ni.. tak sangka lak dy ni dgosipkan dengan abby abadi.. huh,, tebantut minat!! haha.. xpe lah,, admire diam2 je.. (bukan nak buat suami betol pon,, kenal pon tak).. tp y best nye,, zul ni org tpg.. membe aku penah nampak dy ngan abby lepak kat warung kat tupai..


kalau lah dy x digosipkan ngan abby.. haha.. berangan lah mimi oi..


kebetulan! zul ni gosip ngan abby,, bekas isteri norman.. norman lak ngan memey suhaiza.. adoi~ 
ni memey aini ade!!zul tgglkan abby,, abby baek balek ngan norman.. zul pegi kat memey.. tp bukan memey suhaiza la,, memey aini.. hehe~


bile da gatal mcm ni la.. berangan kuat!! pirah.. ala,, peminat minat artis kan.. first time uh.. before ni ade la,, aku minat zahid af.. tp dy bukan pelakon.. tp zul ni hensem.. aku terpikat.. da la badan dy mcm body builder.. 
mesti rajen pegi gym kan..


dalam cter anak rintih tu dy belakon real.. anak dy,,ahmad ezzrin loy.. gandingan mantap.. byk kali aku menanges tgok cter ni.. haha.. umur zul ni 25 tahun.. tp kan,, dy penah jd model seluar dalam.. ades,, hancus hatiku.. hahaha,, imam muda 2 ni ada x y iras2 zul ni?? kalau ada mesti aku jd peminat number 1 lah~




((:

MACHO

ANAK RINTIH

TOMOI

Wednesday, March 30, 2011

MELAYAN~

Aku tengok satu drama melayu.. hero nye ala2 “DIA”.. Tiba2 aku teringat kat dia.. Tiba-tiba aku terindu dia.. Tba-tiba aku terfikir kalau dulu aku masih dengan dia,, mesti aku tengah happy.. Dia baik sangat-sangat dengan aku.. Aku je yang buta,, yang memilih sgt.. Sekarang dia dah pon pergi,, jauh sangat dari aku.. Menyesal pon dah tak guna..

Kita penah dengar kan cerita yang bekas kekasih yang nak balik kat kekasih lama.. Dan kekasih lama dia meninggalkan kekasih nya sekarang untuk balik pada belas kekasihnya.. Kadang-kdang aku terfikir,, macam benda tu akan berlaku kat aku.. Tapi aku tak kejam.. Aku tak nak jadi perampas.. Aku faham perasaan kekasih dia sekarang.. Dan aku pon tak yakin yang dia akan tinggalkan kekasih dia sekarang demi aku.. Aku dulu sangat sia-sia kan dia.. Aku sendiri penah cakap kat dia jangan tunggu aku.. Dan sekarang dia tengah bahagia.. Dia tak salah memilih.. Dia sekarang bahagia dengan seorang yang menyayangi dia.. Aku akur dengan semuanya..

Ni semua gara-gara satu drama melayu.. Tajuk drama tu “anak rintih”.. aku tak tahu la kenapa,, aku asyik terbayang je hero tu macam dia.. Aku jadi rindu.. Aku teringat first time aku jumpa dia.. Aku teringat tengok wayang dengan dia.. Makan-makan dengan dia.. Aku rasa macam nak pergi jumpa dia sekarang.. Aku nak peluk dia kuat-kuat,, dan aku tak nak lepaskan dia pergi lagi.. Aku nak cakap aku menyesal tinggalkan dia dulu..

Sekarang dia dah lupakan aku.. Jarang sangat dia sms aku.. Dia dah berjaya lupakan aku.. Apa lagi yang aku nak?? Bukan dulu semua ni ke yang aku minta.. Menyesal pon tak guna.. Aku hanya mampu berdoa je sekarang.. Semoga Allah mengikis ingatan aku terhadap dia.. Aku tak nak jadi perampas..

~ ZULKIFLI ARIFIN ~

YES,, I'M ALONE

Tuesday, March 29, 2011

PENGGODA CINTA YANG MALU

Ada yang bertanya mengapa diri tertanya-tanya, kenapa cinta selepas kahwin (yang usianya telah bertahun-tahun) tidak sehangat dulu. Dulu, berpisah terasa rindu... tetapi kini lain sekali. Walaupun masih ada rasa rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu. Rindu itukan buah cinta, jika tidak ada rindu ertinya tidak ada buah cinta. Cinta yang tidak berbuah, tentulah cinta yang layu!

Bila berjauhan, ada juga yang menghantar sms, tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya, apa khabar di sana? Macam mana anak-anak? Atau sekadar minta doanya. Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga-bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja.

Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah. Tetapi bila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua dahulu, bila jauh (masih belum dimiliki) berbau bunga, bila dekat (sudah hari-hari di sisi) keharumannya tiada lagi. Ah, begitukah adat dunia?

Kata sesetengah lelaki (entah spesis mana), wanita kelihatan cantik selagi tidak menjadi isteri kita. Setelah menjadi isteri, kecantikannya akan hilang. Jika semua lelaki berpandangan begitu, rosaklah dunia. Ini semua gara-gara nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang ada.

Kita tinggalkan lelaki yang bersifat 'jantan' itu. Mari kita bicarakan soal wanita pula. Wanita yang telah menjadi isteripun ada salahnya. Selepas sahaja dia bergelar isteri, semuanya menjadi terlalu 'murah'. Tidak semahal seperti sebelum kahwin dahulu. Malunya sudah kurang. Tidak pandai 'jual mahal' untuk mendapat perhatian suami.

Jika dulu puas berbedak, berhias sebelum bertemu suami, setelah berkahwin lain pula ceritanya. Bau badan tidak dijaga, asyik 'mendedah aurat' (maksudnya berpakaian tidak sempurna) tanpa mengira masa dan tempat. Kalau dahulu suapan makanan pun dijaga, dibuat penuh tertib dan kecil-kecil. Menguyah makanan pun tidak kedengaran bunyinya. Sanggup sopan, persis gadis pingitan. Maaf, lepas beberapa bulan berkahwin, kesopanan dan ketertiban itu semakin mengurang. Cara duduk, tidak dijaga lagi. Menguap tanpa menutup mulut. Suaranya... tidak semerdu, ketawa, "ha.. ha.. ha.." berdekah-dekah. Mana hilang malunya?

Belajarlah dari bulan mengambang. Bulan hanya mengambang sekali-sekala... Bulan tidak mengambang setiap malam... kerana dengan mengambang sekali-sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia tertunggu-tunggu. Begitulah isteri yang masih malu, suami akan menjadi perindu.

Usahakan semula segalanya dengan membina semula rasa malu. Dan ingat bahawa rasa malu itu ada kaitan dengan iman. Iman dan malu lazim berlaziman. Jika terangkat iman, terangkatlah juga rasa malu. Sebab itu kata hukama, "bila kau hilang malu lakukanlah segalanya." Maksudnya, bila rasa malu hilang, kita tidak akan fikir haram dan halal lagi... semuanya dilanggar tanpa segan-silu lagi. Antara ciri isteri yang solehah ialah isteri yang mengekal rasa malunya terhadap suami sehingga hidung suami tidak mencium sesuatu yang busuk dan mata suami tidak akan terpandang sesuatu yang buruk padanya.

Ya, diantara perbezaan insan dengan haiwan, selain insan punya fikiran ialah rasa malu. Malu itu sesuatu yang sangat berharga, ia adalah perhiasan di depan orang yang kita sayangi. Bahkan dalam Islam, malu dan iman sering disinonimkan. Ertinya, untuk mencari semula rasa yang malu yang dulu, samalah seperti menyusur semula jalan iman. Jika kita temui iman, maka secara automatik akan ada rasa malu.

Rasulullah SAW sendiri sangat menghargai sifat malu. Sehinggakan baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Usman datang menemuyinya. Kenapa? Ini kerana sayidina Usman adalah seorang sahabat yang begitu terkenal dengan sopan santun dan malunya.

Inilah malu yang bertempat dan tepat pula masanya. Justeru, suburlah rasa cinta dalam rumah-tangga dengan menyuburkan semula rasa malu.


ANAK-ANAK YANG CUMEL